Thursday 24 October 2013

Apabila Si Jejaka dan Wanita.....

...apabila mereka mengemas kini status di Facebok...

Si Jejaka: Di dalam Islam tiada istilah wang hantaran pun, itu cuma ada resmi orang Melayu sahaja. Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan pembaziran.
 Biasalah bila masuk bab kahwin, semuanya terus pandai google untuk mendalami lebih lagi. Pasal wang hantaran je mesti lelaki yang berbicara. Maklumlah dorang yang kena bayar. Tapi kan aku hairan juga, kalau dah tahu tinggi, dia sebagai lelaki pandai-pandailah berbincang dengan keluarga pihak wanita. Adakah tidak berani? Atau pasal menjaga air muka? Ego? Anda lelaki, anda sendiri tahu. Bagi pendapat aku, kebanyakan wang hantaran akan digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk menjalankan kenduri kahwin. Biasanya kan, pelamin dan kenduri makan di pihak perempuan (kebiasannyalah). Bukannya duit itu digunakan untuk ber-shopping. Mungkin ada yang segelintir.

Si Wanita: *upload gambar* Pelamin tunang yang aku buat sendiri. Maklumlah nak jimat. Barang hantaran pun aku buat sendiri sebab nak jimat (11 dulang ok)
 Aku sebagai seorang wanita lebih menyampah apabila melihat status macam ni kat timeline Facebook aku. Konon nak berjimat. Hello~ kalau nak berjimat bertunang tak perlu ada pelaminlah dan Hello~ kalau nak lebih jimat tak payah tunang-tunang, barang hantara pun tak payah nak buat. Aku rasa bila baca Facebook lebih banyak sumpah seranah yang aku lemparkan. Tapi seronok juga baca timeline sambil memaki hamun. Sebab menyedarkan aku betapa dalam dunia ini ada orang lagi bodoh daripada aku. Haha!

Nah, nak beli jimat beli online
 
Nak tunang sangat, belilah cincin online tak payah nak emas tulen sangat. Ini lagi jimat dia lah cincin, dialah rantai. Credit