Sunday 20 October 2013

Yang Disayangi itulah yang lebih menyakitkan...


Apabila kita meluahkan perasaan, ada kalanya kita bukan minta untuk dinasihati, tetapi sekadar mendengar sudah cukup...
Terutama sekali bagi mereka yang tidak tahu cara untuk melegakan hati orang sebaliknya menyakitkan hati lagi..
Atau mungkin dengan cara lain jika kita mahu meluahkan perasaan, kita harus mulakan...
"Aku nak luahkan perasaan ni, tapi kau jangan cakap apa-apa"
Tidak semua orang boleh memahami tindak-tanduk atau emosi kita jika kita tidak berterus-terang..
Tetapi ada kalanya meluahkan perasaan pada orang lain lebih menyakitkan hati...
Lebih bertambah sakit hati apabila orang itu adalah yang kita sayangi...