Monday, 28 October 2013

Sana Sini Bahaya

Ada satu kata-kata mengarut bagi aku..
"Expect The Unexpected"
Manakala ada yang membalas kata-kata itu dengan memberi lempangan pada pipi si pengarut sambil berkata..
"That was your Expect The Unexpected"

Sekarang ini tidak kiralah di atas jalan raya yang sering berlaku kemalangan, tetapi di mana-mana pun,
Termasuklah di Stesen Keretapi pun,
Ada saja kejadian tidak diingini berlaku...
Tidak kiralah walaupun anda berhati-hati tetapi apabila 'orang sakit mental' berada dalam lingkungan harian anda, something unexpected can happen...
Sekarang nih, statistik bunuh diri semakin meningkat di negara kita, menunjukkan betapa ramainya orang yang mengalami tekanan jiwa dan mengambil tindakan drastik...
Semua ini dari segi moral pun kita kena rancang sesuatu untuk menangani diri kita daripada dibelenggu dengan tekanan...
Kita sebagai orang Islam sudah tahu apa yang kita perlu isi untuk kerohanian dan jiwa kita agar tidak dibiarkan kosong...
Bagi mereka yang lain, aku sarankan janganlah 24 jam dengan komputer, handphone, iPad dan segala gajet..
Buatlah aktiviti luar nikmati alam sekitar, pandang ke langit dan lihatlah betapa indahnya awan itu terbentuk yang kita boleh reka ceritanya...seperti dragon sedang makan itik....u know that u can see things like that from the sky, if u say no, then what am i...

Kes tembak-menembak yang banyak terjadi sekarang? Itu aku tak dapatlah nak cakap apa-apa..
Kalau dah kes seludup senjata dah semakin senang, nak ambil upah orang pun senang...
Habis tu nak kena guna tingkap kereta kalis peluru? Habis tu muka orang pun kena kalis peluru?
Aku pun tak tahu nak buat macam mana..
Entahlah..Nak suruh korang berhati-hati pun tak guna..
Macam aku nih, balik keje naik bas, turun bas kena jalan kaki naik atas bukit nak balik rumah..
Ala-ala macam drama Korea gitu, tapi tidaklah setinggi macam drama Korea tuh, kurus aku kalau macam tu.
Aku hanya kena alert dengan persekitaran lah, tak perlulah gatal nak pakai earphone kan, nampak sangat kebodohan di situ nanti..
Tidak semua orang mampu untuk membeli kereta dan mengupah pengawal peribadi, tetapi hanya mampu ambil langkah pencegahan, berdoa dan tawakal..

Oklah, Esok Isnin ye, Tidak perlulah korang nak monday blues sangat..
Macam aku ni yang mungkin akan kena pecat pada bila-bila masa saja, jadi sebab itu aku anggap setiap hari adalah last day aku..
Memanglah aku kena fikir masa depan tapi korang ingat senang ke nak cari kerja?
Mungkin ada sesetengah orang itu mudah dapat kerja dan anda patut sangatlah bersyukur kerana tidak tergolong dalam kumpulan seperti aku yang susah dapat kerja...
Okey, itu saja kita jumpa lagi...
Jom sarapan pagi dengan cawan comel nih. Boleh bertukar 'wajah' okey, tuang air panas je. Comel okey

2 comments:

Chenta Ummi said...

skang ni org yang nampak normal tp dalamannye gila.. memang sukar utk kt kenal pasti. malah rs lebih selamat berada di sebelah org yg mmg nyata nampak gilanya dr yang diam2 tapi sebenarnye gila.. ape pun tak boleh!

ros maisara said...

@chenta Ummi.. itulah susah nak agak perangai manusia..kita hanya berdoa dan tawakal je lah masa jalan2 tuh