Saturday, 7 July 2012

Si Telangkai.

Kat tempat kerja aku nih, adalah sorang kakak nih...
Dia tiba-tiba nak jadi Telangkai aku sebab aku bagitahu dia, aku tak ada sesiapa...
Aku terus gelak bila dia kata nak jadi Telangkai aku...
Sebab aku gelak?
Kawan aku sendiri pun tak nak jadi Telangkai aku...
Jadi, aku pun peliklah, aku dengan kakak ni baru sangatlah kenal...
Kenapa dia sanggup nak kenalkan aku dengan bestfriend dia?
Dia tak takut ke aku ni entah perangai macam mana...
Kalau korang, nak jadi Telangkai kawan korang, mesti korang belek-belek calon tu dulu kan..

Kakak tu pun ceritalah bukan main kaya lagi kawan lelaki dia tuh...
Siap ada kereta besar...tak ingatlah kereta apa...
Lagi satu aku tak faham, kenapa ramai yang rasa orang tu kaya kalau ada kereta sendiri?
Kalau dia ada rumah yang dia beli sendiri, itu aku kagum...
Aku pun dengar je lah...
Sebenarnya aku tak reti bab-bab kenen-kenen macam nih...haiyoooooo tak suka giler...
Tapi kakak tu kata cuba je lah..
Pastu kakak tu tunjuklah gambar dia...
Aku pun tengok jelah gambar tu dengan tak ada perasaannya...
mamat tu ok, muka tulen lelaki melayu, haish aku tak reti nak judge orang tengok gambar...
Pastu aku ceritalah benda ni dengan kawan aku...
Kawan aku kata....
"Kalau kau tengok gambar dia, tapi tak rasa apa-apa, tak payahlah"
"Rasa macam mana?"
"Macam kau rasa bila tengok muka Samir"
"Haishh, tengok muka selebriti dengan orang biasa lain lahhhhh"

Tapi kan, aku masih lagi musykil pasal hubungan Lelaki tu dengan kakak tuh..
Aku pun korek-korek lah lagi...
Kakak tu pun cerita, Lelaki tu penah confess dia suka kat kakak tuh...tapi kakak tu reject...
Aku tanya kakak tuh, kenapa reject?
Pastu dia macam confuse nak jawab apa, tapi dia kata..
"Entahlah, antara dia dengan bf akak, dia lagi hensem.hihihi. tapi sebab kerja dia tak menentulah sebab dia kerja shift".

Maka, aku pun tak nak....
Kesimpulannya, i don't like this matchmaking concept....
Kalau korang nak jadi Telangkai, sila pastikan calon tu bukan Impulsif macam aku...ok?...

7 comments:

CIK TOM said...

paling xsuka org yg sibuk kenen2 kan kita tue dgn bekas lelaki yg dia dah reject...ciktom ada sorg kwn camtu...sbuk dia nak kenenkan sdgkan ciktom xnak pun..hehehe...

ros maisara said...

cik tom, kita xfaham knp dorg sanggup kenenkan lelaki reject dgn kita kan...haihhhh..

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said...

might be dia rasa bersalah kowt? sebab dia reject lelaki tu then dia rasa macam dia responsible pulak nak carikan pengganti....tapikan takkan la nak jadikan orang lain mangsa pulak? ye tak?

Reena said...

Ishh... memang tak faham kenapa kakak tu mesti nak kenen-kenen kan dekat orang lain. Lebih elok, cari boipren sendiri :)

ros maisara said...

Farah,xtaulah apa sebenarnya tujuan dia..mungkin dia berniat baik tapi tak kena caranya??

Reena, kononnya nak tengok org lain bahagian??hahahah

CIK TOM said...

yup..buat kita mcm xlaku je..sdgkan ada sbb2 kenapa kita single lg..xkan nk amik bf tangkap muat je..hee

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said...

might be jugak... dia berniat baik tapi tak kena caranya...heee...cakap jer ngan kakak tu...

kak saya x suka jodoh yang dipaksa paksa atau dimatch-making kan ni kak... let it come naturally.. .hee...