Thursday, 5 July 2012

Lelaki Idaman berubah ikut umur.

Korang semua mengaku bukan?
Yang Jejaka Idaman korang sentiasa berubah...
Dulu masa kecik, lain prince charming korang...kan...kan...

Baiklah, ini my dream guy  mengikut perubahan umur aku...
Masa aku kecik, a.k.a sekolah rendah...
Aku suka pelakon/penyanyi kat dalam TV tu ha...
biasanya mat saleh lah kekekek
Oh Romualdo. credit
 lol N'sync. credit

Masuk saja sekolah menengah lagi lah sentiasa bertukar cita rasa...lol
B-boy itu cool...bak kata aku yang mentah ketika tuh ...lol..
Lepas tu dulu aku layan citer cina...dah suka pulak tengok mamat mata sepet...
Aaron Kwok yang seksi gitu ketika dia muda-muda. kekeke. credit

Masuk tingkatan 3, masa ni aku gila bola....sangat gila.lelaki pun takut.
Masa ni ler bukan main aku suka dengan mamat Itali...
Tak kisahlah mamat melayu nampak macam Itali pun aku minat.
especially yang rambut panjang, ada kerinting-kerinting sikit..hakhak.
 
Pippo masa muda.kekeke credit
pergh macho Nesta masa nih. credit.

Lepas tu bila dah besar sikit, dah pandai tengok yang ketaq-ketaq...lol..
ala yang macam Fahrin dan Aaron Aziz tuh...hahkahka tapi aku tak minat dorang eh...
Nak letak gambar, rasa geli pulak kan...korang bayangkan sendiri je lah ye...

 Sekarang Ni???
Tak ada maknanya rupa lelaki tuh..
Tak kesahlah rupa korang macam mana sekalipun...
Botak ke, kerinting ke, pendek ke tinggi ke..
Yang penting Hati...ecece...
Itulah bezanya budak sekolah dengan orang dewasa...
Kalau korang masih lagi pentingkan luaran, maknanya korang masih lagi budak..
^___^


Kesimpulannya, aku tak memilih pun, tapi tak sangkut-sangkut jugak hati ni...
kekekek......


9 comments:

afzalsukasuki said...

hahaha betul2.kecik2 dlu kemain tinggi taste sentiasa berubah2 ikut musim.tapi lepas dah mampu berfikir ngan waras ni semua tu tak penting sebenarnya.cukuplah org yang mampu terima kita seadanya dan sama2 mengharungi hidup bersama :)

ros maisara said...

afzal,hihih masa kecik2 tuh ibarat angan2 yg tinggi melangit

CIK TOM said...

ciktom plg suka romualdo!!!hehe....

ps: makin byk baca artikel ros ni kan..rs cam kita ada byk gak persamaan... =)

ஜ miss klanika ஜ said...

setuju bila dh matang baru sedar , rupa paras tu bukan apa sgt pn ~

ros maisara said...

cik tom,mmg pun sejak dulu lagi.. hakhakhak...

miss klanika,rupa paras tu objektif, lelaki yg orang lain kata xhensem, hensem bagi kita kalau laki tu kita suka ...kannn

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said...

memang sangat betol kowt... taste tu berubah rubah.... tabi bila dah matang ...dah boleh berfikir dengan waras...tak keysah apa pun...janji hati ikhlas dan jujur...dan yang paling penting dia sayangkan kita kan?

AkuBiomed said...

Selalu berubah hati kiranya. :-)

ros maisara said...

Farah, ^___^ yup yup janji dia syg kita,kita syg dia ^__^

Akubiomed, manusia,mmg selalu berubah ^__^

Hafiz Md said...

hehehe...rupanya berubah2 yer.....baru tau hri ni..

hati cik ros tu tgh tunggu muka macam messi kot? hehehe