Saturday 16 June 2012

Kalau pasukan bola sepak kalah.

Kalau pasukan bola sepak yang korang sokong itu kalah.....
Mesti korang bengang, marah, menyampah tengok pemain yang rosakkan permainan tuh...
Ditambah pula kalau ada kawan yang suka curah minyak ke atas bara api korang,...
Pergh, memang menjulang-julang api dalam hati korang kannn..punyalah terbakar kannn...
Rasa macam nak sepak je muka kawan tu ha...
especially bila kawan tu cakap 'Team kau tu pergi balik kampunglah tanam jagung'.
(Asal kalah je kena balik kampung.)
Itu belum lagi masuk dalam status Facebook atau Twitter....
Wahhhh, dah macam perdebatan untuk pertahankan negara, okeyyyy..
Komen sampai beratus-ratus...

Tidak kiralah setua mana usia kamu, wahai lelaki...
Bila tang bola jer, terus mental tuh jadi budak umur 12 tahun...
Kalau pasukan dia menang, amboi bukan main mulut tuh memerli kawan yang pasukannya kalah..
Cuba kalau pasukan dia kalah...
Diam seribu bahasa, lidah terus terikat, mulut terus terkunci, facebook terus deactivate(oh melampau)..
Kaum-kaum wanita hanya mampu gelengkan kepala je lah...tapi ada jugak yang join kann..

Dulu masa aku sekolah, rajinlah aku membahan budak-budak lelaki yang pasukan dorang kalah kan...
Bila dah habis sekolah ni tak ada maknanya...kita rilek je...
Dorang menang ke kalah ke, rilek je, enjoy je tengok match tuh...
Yang kelakarnya kawan lelaki aku, pasukan dia kalah, pasukan aku menang, pastu dia tiba-tiba message aku, 'pasukan aku kalah wei'...hahahaha...aku tak cakap apa-apa pun...comel kan?
Kan bagus jadi comel macam tuh...
Kalau tengok korang gaduh pasal bola, kelakar okeyyyyy...

So, Peace~...
Tapi setakat nih untuk Euro2012, tak ada lagi pasukan korang sokong kalah kannn...
(oh lupa yang warna oren tuh kekekek ada ke yang masih sokong Holland??)

Kita tengok bola, rilek-rilek borak-borak, kalau dorang main teruk, kita maki hamun dorang walaupun dorang tak dengar, kalau dorang jaringkan gol, kita bersorak sekuat hati....
Perlawanan habis, okey dah. balik tidur...pastu bangun pergi kerja/sekolah....
Kena perli dengan kawan korang? just congratz them.
Kalau korang marah-marah lagi dorang puas hati...
(tapi dulu aku suka cakap kat dorang untuk champ league, 'dorang dah menang 7 kali, ko punya team baru berapa kali?'...pastu gaduh-gaduh lagi hahaha)


P/S: Baru ingat nak tengok mamat hensem nih, dah hujan lebat pulak. Lambat pulak nak start.
 
 Samir Nasri. samirrr samirrr (credit&credit).


4 comments:

CIK TOM said...

time menang semua puji melambung2..time kalah semua kondem..adat manusia skang..huk3

Unknown said...

Cik Tom, begitulah manusia, xreti duk diam-diam

CIK TOM said...

yunk..samir nasri tue sape ye?? mcm pernah dgr namanya...

Unknown said...

Pemain perancis kalau kelab, Manchester City.. :D