Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

Kehidupan aku yang bermula di usia 26

Mungkin ramai yang rasakan
 "wah lambatnya hidup kau nak bermula. Orang lain dah beranak-pinak. Kau baru nak mula?"
Seperti yang pernah aku nyatakan dalam entry aku, setiap manusia berbeza.
Kehidupan setiap manusia pun berbeza.
Nak tahu kenapa berbeza?
Sebab setiap manusia lain cap jari mereka walaupun ada yang DNA sama.

Sebenarnya aku tak tahulah nak cakap kehidupan aku ini, back to basic..
Atau baru hendak bermula..
Aku pilih pendekatan kehidupan baru nak bermula.
Maklumlah nak sedapkan hati sendiri.
Kalau tak sedapkan hati sendiri nanti diri sendiri jadi Hikikomori pula.
Sebenarnya aku baru belajar satu perkara, iaitu kita boleh berimaginasi, membuat bayangan tetapi apabila berhadapan dengan realiti sebenar, perasaannya amat lain.
Meskipun anda berulang kali menyatakan  
"mentally prepare. tak pe aku dah jangka benda ni akan berlaku",
Nah, lain benar keadaannya nanti. Mungkin keadaannya sama seperti anda bayangkan tetapi perasaan anda ketika itu, sukar digambarkan.
Mungkin aku mengambil ringan akan perasaan aku ketika itu.
Dan sekarang aku masih terkejut. Haha.
Masih ingat aku suruh korang jangan nak monday blues sangat?
Ya, sekarang aku mula menjalani kehidupan sebagai seorang gadis yang duduk bersidai di tepi tangga menunggu putera idamannya. (ini perumpamaan je lah)
Paling membutukan fikiran apabila aku sendiri tidak tahu hala tuju mana harus aku pergi.
Jika aku tahu, dah lama aku blah dari syarikat yang tak mengenang budi itu.

Dulu, aku selalu rasa kehidupan aku tidak bergerak, rutin yang sama setiap hari.
Sebenarnya itu adalah dugaan.
Sekarang, kehidupan aku terlalu kelam-kabut dengan semuanya berlaku serentak, membuatkan diri aku hingga tidak terkejar dek masa yang bergerak pantas.
Itu juga adalah dugaan.
Disebabkan itu aku tidak suka orang yang gemar berpura-pura memahami situasi kita,
Walhal mereka sebenarnya tidak memahami, cuma tidak mahu kita bercerita panjang saja kerana mereka juga ingin meluahkan perasaan
Cukuplah sekadar mendengar, tidak perlu berkata apa pun tidak mengapa,
Tetapi masakan mereka tahu apa yang mereka perlu buat setelah kita meluahkan perasaan, bukan?
kerana itu aku pilih untuk berdiam diri..lebih baik.

Nah, sekarang aku mahu buat apa?
Mengarang? Otak dah berkarat.
Menterjemah? Tak ada kerja kosong.
Pergi belajar bahasa Jepun? Malas.
Nah, sikap aku sendiri. hahahahah.

Bermulalah kisah seperti si Tommy yang pemalas


Monday, 28 October 2013

Sana Sini Bahaya

Ada satu kata-kata mengarut bagi aku..
"Expect The Unexpected"
Manakala ada yang membalas kata-kata itu dengan memberi lempangan pada pipi si pengarut sambil berkata..
"That was your Expect The Unexpected"

Sekarang ini tidak kiralah di atas jalan raya yang sering berlaku kemalangan, tetapi di mana-mana pun,
Termasuklah di Stesen Keretapi pun,
Ada saja kejadian tidak diingini berlaku...
Tidak kiralah walaupun anda berhati-hati tetapi apabila 'orang sakit mental' berada dalam lingkungan harian anda, something unexpected can happen...
Sekarang nih, statistik bunuh diri semakin meningkat di negara kita, menunjukkan betapa ramainya orang yang mengalami tekanan jiwa dan mengambil tindakan drastik...
Semua ini dari segi moral pun kita kena rancang sesuatu untuk menangani diri kita daripada dibelenggu dengan tekanan...
Kita sebagai orang Islam sudah tahu apa yang kita perlu isi untuk kerohanian dan jiwa kita agar tidak dibiarkan kosong...
Bagi mereka yang lain, aku sarankan janganlah 24 jam dengan komputer, handphone, iPad dan segala gajet..
Buatlah aktiviti luar nikmati alam sekitar, pandang ke langit dan lihatlah betapa indahnya awan itu terbentuk yang kita boleh reka ceritanya...seperti dragon sedang makan itik....u know that u can see things like that from the sky, if u say no, then what am i...

Kes tembak-menembak yang banyak terjadi sekarang? Itu aku tak dapatlah nak cakap apa-apa..
Kalau dah kes seludup senjata dah semakin senang, nak ambil upah orang pun senang...
Habis tu nak kena guna tingkap kereta kalis peluru? Habis tu muka orang pun kena kalis peluru?
Aku pun tak tahu nak buat macam mana..
Entahlah..Nak suruh korang berhati-hati pun tak guna..
Macam aku nih, balik keje naik bas, turun bas kena jalan kaki naik atas bukit nak balik rumah..
Ala-ala macam drama Korea gitu, tapi tidaklah setinggi macam drama Korea tuh, kurus aku kalau macam tu.
Aku hanya kena alert dengan persekitaran lah, tak perlulah gatal nak pakai earphone kan, nampak sangat kebodohan di situ nanti..
Tidak semua orang mampu untuk membeli kereta dan mengupah pengawal peribadi, tetapi hanya mampu ambil langkah pencegahan, berdoa dan tawakal..

Oklah, Esok Isnin ye, Tidak perlulah korang nak monday blues sangat..
Macam aku ni yang mungkin akan kena pecat pada bila-bila masa saja, jadi sebab itu aku anggap setiap hari adalah last day aku..
Memanglah aku kena fikir masa depan tapi korang ingat senang ke nak cari kerja?
Mungkin ada sesetengah orang itu mudah dapat kerja dan anda patut sangatlah bersyukur kerana tidak tergolong dalam kumpulan seperti aku yang susah dapat kerja...
Okey, itu saja kita jumpa lagi...
Jom sarapan pagi dengan cawan comel nih. Boleh bertukar 'wajah' okey, tuang air panas je. Comel okey

Friday, 22 March 2013

Hari Malang~

Okey, semalam merupakan hari paling teruk dan pelik pernah terjadi dalam hidup aku..
Hahahahha sebenarnya aku masih dalam keadaan terkejut dan pelik...
Pertamanya, aku sakit semalam.
Keduanya, Handphone aku hilang...
Ketiganya, ...aku tak boleh nak cerita ..tetttttttt

Aku rasa aku nak "Bebas Handphone" untuk beberapa hari nih..
Selama ini pun tak ada orang nak cari aku pun kalau aku ada Handphone..
Jadi, tak penting mana pun...
Aku boleh je hidup tak ada Handphone...

Ya, mari kita tunggu dan lihat berapa hari aku boleh kekalkan "Bebas Handphone"...lol

Sunday, 1 July 2012

IMPULSIF

Kamu tahu apa itu sifat Impulsif?
Iaitu selalu melakukan sesuatu tanpa fikir akan kesan dan akibatnya...
Kebiasaannya remaja yang bersikap begini...
Tapi, itu 'kebiasaannya', tidak semestinya pada umur pertengahan 20-an tidak ada yang berperangai impulsif..
Iaitu Aku...
Ya, aku memang impulsif yang menyusahkan orang lain...
Ya, aku sedar semua itu...
Dan aku sendiri tak tahu macam mana nak ubah...lol.

Aku memang dari dulu impulsif tapi tak lah seteruk sekarang...
Mungkin sekarang ni lagi teruk sebab aku dah tak luahkan perasaan kat sesiapa..
Sebab aku rasa macam useless je citer kat orang...

Apabila impulsif aku dah datang, maka banyaklah kes aku melarikan diri dari masalah...
hakhakhak..
bukan lari rumah, yeee...

Banyak kali aku cakap dengan kawan aku, memang malang lelaki yang nak kahwin dengan aku...
anything can happen..u know what i mean...lol...
Tapi aku rasa kematangan akan mematikan sikap impulsif nih...
Jadi, kesimpulannya aku tak matang lagi...hakhakhak...


p/s: am i crazy? i wonder. all people around me, already give up on me. I have only Him.

Sunday, 24 June 2012

Tak tahu apa yang kita Mahukan

"We may not know what we want,but we Must know what we Don't want" - Paolo Coelho
Aku memang tahu apa yang aku tak suka dan aku tak akan buat benda yang aku tak suka...
Masalahnya, aku tak tahu apa yang aku Nak...?
Lepas tuh, mulalah rasa jiwa dan diri ni macam tak ada matlamat hidup je...
Macam mana kita nak hidup dengan impian sedangkan kita tak tahu impian apa yang kita mahukan?
Aku hanya boleh berserah padaNya agar aku jumpa, 
...apa yang aku mahukan...

Sesuatu yang aku mahukan adalah sesuatu yang aku perlukan...
Bukan sesuatu kemahuan yang sekadar ikut hawa nafsu....

comel kan dia nih.kekeke. credit

Tuesday, 12 June 2012

Dia yang berubah atau Aku di takuk lama.

Ok ini tak ada kena-mengena dengan soal cinta...

Kadang-kala aku tertanya-tanya...
Sama ada dia yang sudah banyak berubah,
atau aku yang tak berganjak dari hidup aku yang lama..
Adakah perubahan dia tu buat aku tak terkejar?
Dan patutkah aku marah sebab dia berubah?
Dia bukan berubah ke arah keburukan...
Cuma, aku rasa macam dia semakin tak memahami aku, dan dia asyik meluahkan perasaan dia, asyik cerita pasal perasaan dia...
Aku tak kisah kalau dia nak meluahkan perasaan...
Cuma, aku rasa macam dia suka buat andaian sendiri pasal perasaan aku
dan aku rasa macam dia dah give up nak memahami aku...

Aku rasa aku yang salah..
Tapi aku tak tahu macam mana nak betulkan...
Sebab aku rasa, kalau aku luahkan apa yang aku fikir sekarang nih...
Aku rasa hubungan kita orang akan lebih teruk?..
Entahlah....

Hubungan sesama manusia nih, aku malas nak kusut-kusut...
Aku memang tak suka fikir benda yang kompleks...
AKu memang tak suka...Biasanya aku buat dek je...hahaha

Kadang-kala aku rasa aku lagi baik dengan kucing dari manusia...
ini kucing kakak aku.Curi jap letak kat blog nih.
aku ada kucing sendiri, tapi kucing aku tak photogenic kekek.