Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

Kehidupan aku yang bermula di usia 26

Mungkin ramai yang rasakan
 "wah lambatnya hidup kau nak bermula. Orang lain dah beranak-pinak. Kau baru nak mula?"
Seperti yang pernah aku nyatakan dalam entry aku, setiap manusia berbeza.
Kehidupan setiap manusia pun berbeza.
Nak tahu kenapa berbeza?
Sebab setiap manusia lain cap jari mereka walaupun ada yang DNA sama.

Sebenarnya aku tak tahulah nak cakap kehidupan aku ini, back to basic..
Atau baru hendak bermula..
Aku pilih pendekatan kehidupan baru nak bermula.
Maklumlah nak sedapkan hati sendiri.
Kalau tak sedapkan hati sendiri nanti diri sendiri jadi Hikikomori pula.
Sebenarnya aku baru belajar satu perkara, iaitu kita boleh berimaginasi, membuat bayangan tetapi apabila berhadapan dengan realiti sebenar, perasaannya amat lain.
Meskipun anda berulang kali menyatakan  
"mentally prepare. tak pe aku dah jangka benda ni akan berlaku",
Nah, lain benar keadaannya nanti. Mungkin keadaannya sama seperti anda bayangkan tetapi perasaan anda ketika itu, sukar digambarkan.
Mungkin aku mengambil ringan akan perasaan aku ketika itu.
Dan sekarang aku masih terkejut. Haha.
Masih ingat aku suruh korang jangan nak monday blues sangat?
Ya, sekarang aku mula menjalani kehidupan sebagai seorang gadis yang duduk bersidai di tepi tangga menunggu putera idamannya. (ini perumpamaan je lah)
Paling membutukan fikiran apabila aku sendiri tidak tahu hala tuju mana harus aku pergi.
Jika aku tahu, dah lama aku blah dari syarikat yang tak mengenang budi itu.

Dulu, aku selalu rasa kehidupan aku tidak bergerak, rutin yang sama setiap hari.
Sebenarnya itu adalah dugaan.
Sekarang, kehidupan aku terlalu kelam-kabut dengan semuanya berlaku serentak, membuatkan diri aku hingga tidak terkejar dek masa yang bergerak pantas.
Itu juga adalah dugaan.
Disebabkan itu aku tidak suka orang yang gemar berpura-pura memahami situasi kita,
Walhal mereka sebenarnya tidak memahami, cuma tidak mahu kita bercerita panjang saja kerana mereka juga ingin meluahkan perasaan
Cukuplah sekadar mendengar, tidak perlu berkata apa pun tidak mengapa,
Tetapi masakan mereka tahu apa yang mereka perlu buat setelah kita meluahkan perasaan, bukan?
kerana itu aku pilih untuk berdiam diri..lebih baik.

Nah, sekarang aku mahu buat apa?
Mengarang? Otak dah berkarat.
Menterjemah? Tak ada kerja kosong.
Pergi belajar bahasa Jepun? Malas.
Nah, sikap aku sendiri. hahahahah.

Bermulalah kisah seperti si Tommy yang pemalas


Monday, 28 October 2013

Sana Sini Bahaya

Ada satu kata-kata mengarut bagi aku..
"Expect The Unexpected"
Manakala ada yang membalas kata-kata itu dengan memberi lempangan pada pipi si pengarut sambil berkata..
"That was your Expect The Unexpected"

Sekarang ini tidak kiralah di atas jalan raya yang sering berlaku kemalangan, tetapi di mana-mana pun,
Termasuklah di Stesen Keretapi pun,
Ada saja kejadian tidak diingini berlaku...
Tidak kiralah walaupun anda berhati-hati tetapi apabila 'orang sakit mental' berada dalam lingkungan harian anda, something unexpected can happen...
Sekarang nih, statistik bunuh diri semakin meningkat di negara kita, menunjukkan betapa ramainya orang yang mengalami tekanan jiwa dan mengambil tindakan drastik...
Semua ini dari segi moral pun kita kena rancang sesuatu untuk menangani diri kita daripada dibelenggu dengan tekanan...
Kita sebagai orang Islam sudah tahu apa yang kita perlu isi untuk kerohanian dan jiwa kita agar tidak dibiarkan kosong...
Bagi mereka yang lain, aku sarankan janganlah 24 jam dengan komputer, handphone, iPad dan segala gajet..
Buatlah aktiviti luar nikmati alam sekitar, pandang ke langit dan lihatlah betapa indahnya awan itu terbentuk yang kita boleh reka ceritanya...seperti dragon sedang makan itik....u know that u can see things like that from the sky, if u say no, then what am i...

Kes tembak-menembak yang banyak terjadi sekarang? Itu aku tak dapatlah nak cakap apa-apa..
Kalau dah kes seludup senjata dah semakin senang, nak ambil upah orang pun senang...
Habis tu nak kena guna tingkap kereta kalis peluru? Habis tu muka orang pun kena kalis peluru?
Aku pun tak tahu nak buat macam mana..
Entahlah..Nak suruh korang berhati-hati pun tak guna..
Macam aku nih, balik keje naik bas, turun bas kena jalan kaki naik atas bukit nak balik rumah..
Ala-ala macam drama Korea gitu, tapi tidaklah setinggi macam drama Korea tuh, kurus aku kalau macam tu.
Aku hanya kena alert dengan persekitaran lah, tak perlulah gatal nak pakai earphone kan, nampak sangat kebodohan di situ nanti..
Tidak semua orang mampu untuk membeli kereta dan mengupah pengawal peribadi, tetapi hanya mampu ambil langkah pencegahan, berdoa dan tawakal..

Oklah, Esok Isnin ye, Tidak perlulah korang nak monday blues sangat..
Macam aku ni yang mungkin akan kena pecat pada bila-bila masa saja, jadi sebab itu aku anggap setiap hari adalah last day aku..
Memanglah aku kena fikir masa depan tapi korang ingat senang ke nak cari kerja?
Mungkin ada sesetengah orang itu mudah dapat kerja dan anda patut sangatlah bersyukur kerana tidak tergolong dalam kumpulan seperti aku yang susah dapat kerja...
Okey, itu saja kita jumpa lagi...
Jom sarapan pagi dengan cawan comel nih. Boleh bertukar 'wajah' okey, tuang air panas je. Comel okey

Friday, 5 April 2013

Hidup ini tidak selalu adil

Tiba-tiba buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku mempersoalkan...
Apa itu Adil?
Wujudkah keadilan?....
Kalau keadilan tak wujud, mana mungkin wujud perkataan Keadilan, kannn...
Cuma, bila dah kita duduk dalam situasi yang malang, memang tak ada perkataan adil lah masa tuh..
SABAR~
Yup, memang kena SABAR~
Sifat perkauman, 'mempolitikkan' semua benda, itu perkara biasa yang terjadi,
Apabila umur korang dah melangkau lebih dari 23 tahun...
Ini aku cerita pasal tempat kerja lah....
Semua tempat memang begitu...
Apa yang aku boleh buat, aku buat kerja aku je...
yelah aku bukan bos, buat apa nak menyibuk kerja orang lain,kannn
Tapi itulah, kadang-kala kita terkena jugak tempias KeTidakAdilan nih...
 SABAR~
Itu je yang aku boleh buat..
Tiba-tiba aku rasa nak beli Boxing Reflex Ball tuh
Best woo, sambil lepaskan stress boleh jugak kuruskan lengan...
tiba2 wat iklan...hohoho

Friday, 22 March 2013

Kerja akulah yang Paling Susah dalam dunia ini!

Mesti kebanyakan korang pernah dengar ayat ni,
"Ala kau ni sabarlah. Kerja aku ni lagi teruk tau. Dengan supervisor aku tu kaki bodek,aku je yang kena buat kerja dia. Dahlah aku selalu balik lambat blablablbalbalaaaa"
 Menyampah tak menyampah tak menyampah kannnnn....
Ok itu satu hal, satu hal lagi dah la dia rasa kerja dia Paling Susah dalam dunia nih,
dia tak nak pulak faham kerja orang lain dan sesuka hati nak salahkan orang lain.
Contohnya, Kita ni bekerja dalam satu kumpulan kan? Biasanya kerja kita akan link dengan kerja orang lain. Kerja kita tak boleh siap kalau orang tu tak siapkan proses berikutnya. Biasalah, dia nak kerja dia lepas dan siap, dia push2 orang tu siapkan dan sempurnakan proses tu. Padahal untuk bahagian dia, dia dah banyak buat salah, Maka proses untuk siapkan benda tu jadi lambat disebabkan dia. Tapi dia nak salahkan orang yang terakhir siapkan proses tu pulak. korang paham tak? Hahahah. kalau kerja korang macam ni korang fahamlah kot.

Ya, memang adat bekerja macam nih.
Ya, memang kena sabar pun, tak perlu cakap dah.

Satu lagi, kalau korang kerja kat bahagian Kewangan,
tak payahlah nak berbaik sangat dengan orang lain (kecuali team korang)...
Ini nasihat aku nak bagi kat budak2 baru nak kerja...
Kerja bahagian kewangan ni bahaya sikit....hati-hatilah ya...

hahah tiba-tiba emosional pulak. Ada banyak benda lagi aku nak emo. Blog ni pun memang nampak emo.