Monday, 4 June 2012

Semakin lama semakin lupa

Aku rasa bukan faktor usia yang menyebabkan memori aku semakin lemah..
(Ya, memang itu alasan)
Tapi aku rasa ada yang tak kena dengan otak aku nih..
(????)
Orang kata Sudoku baik untuk orang yang selalu lupa dan juga untuk orang sakit Alzheimer..
Tapi, aku tak pernah berjaya selesaikan Sudoku...difficult level okeyyy...
Sebab kakak aku tinggalkan buku Sudoku dia kat rumah aku,
Dan Sudoku itu tahap susah punya,
Jadi, disebabkan aku tak nak jadi Alzheimer di usia muda, aku pun cuba selesaikan...
Dan tak berjaya sampai sekarang...LOL.

Untuk mengelakkan memori aku semakin hilang..
aku nak catatkan kenangan aku bermula ketika Sekolah Rendah.
Aku seorang budak yang sangat sangat pasif, pendiam, tak pandai bersukan, baik.
Betul lah, aku sangat baik tapi taklah bodoh. taklah pandai pun. sederhana je.
Hidup aku dari kecik sampai besar tak ada apa yang aku the best pun.
(Tahap keyakinan diri tahap cipan punya rendah)

Masa aku darjah 2, ada sorang minah pelik nih,
tiba-tiba kata nenek dia ada amalkan sihir jadi boleh putuskan jari kitaorang...
lepas tu dia kata lagi jangan masuk dalam bulatan nih, pastu nanti akan keluar monster dari almari kelas kitaorang.....kekekek lawak kan....

Darjah 2 pun dah ada budak couple-couple hehe tapi bukan aku...
Aku sangat naif okey....betul lahhh
Masa aku darjah 3 aku tak amek exam  Penilaian Tahap Satu (PTS)..
sebab aku lupa nak bagi balik borang kat Cikgu...LOL!
Ini satu rahsia yang tak pernah aku beritahu sesiapa...
Lepas tu, aku suka tengok ada seorang budak laki ni pandai cakap English okeyy..
Kulit dia pun putih, pastu pandai...LOL!
Nama dia Asymawi, bukan Mawi ye...kekekeke
Masa darjah 3 ni lah, aku baru sedar yang aku rabun...
Tapi aku tak berani nak bagitahu parents aku...
Kat sekolah agama plak aku main balas surat dengan budak sebelah pagi, aku sekolah belah petang.
Aku tak ingat kenapa aku mula-mula tulis surat kat dia.
Tak silap aku,aku nak tanya pasal barang aku tertinggal kott...
lepas tu lama-lama tu berkawan dengan dia, kebetulan nama dia sama dengan aku...
(Sebenarnya aku tak berapa ingat darjah 3 atau 2 aku main surat-surat nih)

Masuk darjah 4, rabun aku jadi makin teruk dan aku tak nampak apa-apa kat papan hitam tuh...
believe it or not i memorize all the things that teacher said...
Lepas tu aku catit kat buku nota, bila cikgu pandang je aku stop tulis..
Pastu aku pinjam buku kawan aku, aku salin...
Masa aku sekolah rendah ingatan aku sangat sangat kuat....
sebab tuh aku tak suka Math dan Math aku teruk hahaha..sebab Math tak boleh hafal, kena faham..
Dan aku main lagi balas-balas surat dengan minah yang namanya pelik dan bermula dengan huruf X.

Masuk darjah 5 aku ada masuk menari, tapi aku tak ingat sangat...
Memori aku masa  darjah 5 agak kabur...
Oh, tiba-tiba teringat satu kejadian tragik.
Ada minah cantik nih breaking heart betul dengan mamat playboy nih sampaikan dia calarkan tangan dia sendiri...wuhuuu baru darjah 5 beb.
Lepas tuh banyaklah gosip skandal cikgu gatal dan murid..

Rabun aku semakin teruk masa darjah 6 dan cikgu dapat tahu aku rabun teruk..
Maka, aku pun buatlah cermin mata...
Tapi Math aku tetap sama je..LOL!
Tapi aku bernasib baik sebab dapat cikgu Math yang sangat best...
Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, UPSR aku Math A...LOL!
darjah 6 ni tak ada apa yang menarik pun..
Cuma kisah pasal budak darjah 6 kena panggil ke bilik guru besar sebab ber'couple'..
LOL!

Ini baru kisah masa Sekolah Rendah...
Nantikan kisah sekolah Menengah pulak...
Aku memang budak baik kan...kekekekkek

2 comments:

CIK TOM said...

rindu time sek rendah..time sek la yg paling happening sekali..

ros maisara said...

heheh kita tak rindu langsung..haha