Thursday 31 May 2012

Minat kita pun memang multiracial

Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, multiracial...
Rakyat kita pun bercakap pelbagai bahasa, multilingual...
Dah macam karangan SPM pulak lah kan...
Jadi, perkara biasalah kalau kita dengar lagu macam-macam bahasa..

Lagu Hindustan, Jepun, Cina, Korea, Perancis, Italy, Sepanyol, Indonesia, Inggeris...
Memang dari pelbagai negara dan kaum kannnn...?
Aku memang dengar pelbagai jenis lagu tak kiralah walaupun aku tak faham...
Jiwa aku lebih menghayati irama dari lirik...
sebab itulah tak kisah lah bahasa apa pun memang aku layan...
Janji Sedap!

Aku nak kongsi beberapa lagu dari macam-macam bahasa...
Demi Lovato - Give Your Heart a Break
Yui - Hello (Jepun) 
Om Shanti Om - Dastaan (Hindustan)
Big Bang - Blue (Korea)
Soundtrack of Les Choristes - Caresse sur l'ocean (perancis)
Se Fue- Laura Pausini (Itali)
(Lagu ni sangat lama ok.aku kagum aku boleh nyanyi lagu Itali nih. LOL)
Ini soundtrack dari filem-filem
Amelie - tajuk dia panjanglah. (Perancis)
The Cave of The golden rose (Itali)- ala citer Fantaghiro tuu..
Ai Otsuka - planetarium (Jepun)

Walaupun minat kita dalam lagu adalah multiracial..
Tapi diharap agar calon pasangan hidup, tak perlulah nak multiracial sangat..
Tak salah, malah elok....cuma kesan dan akibatnya pandai-pandailah tanggung...
Ingat senang?
Tapi kot ya pun nak kahwin dengan orang luar negara, carilah yang elok sikit...
Tak perlulah sampai kena ikut ke negara si dia lepas tu dah tak boleh balik Malaysia, kannnn

(Romuoldo atau nama betulnya Kim Rossi Stuart. Lelaki Itali paling hensem. Tapi ini ketika dia muda)

 Muka dia yang sekarang adalah begini. Umur dia pun dah 42 tahun.

2 comments:

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said...

saye minat laura pausini... ;)

Unknown said...

yeahhh give me 5..hehehe