Tuesday 29 May 2012

Apabila dunia kita tak bergerak...

Orang lain dah ke depan...
Orang lain dah berlari....
...berlari dari belakang memintas kita...
Mereka berlari dan berjalan mendahului kita...
...tanpa menoleh ke belakang...
Ya, aku cuma kaku berdiri...
...tidak bergerak...

Persoalan biasa yang timbul apabila jumpa rakan lama..
"Awak apa cerita sekarang?"
"Keje kat mana?"
"Dah kahwin ke belom?belom?Bila nak kahwin?Dah ada calon"
Jawapan aku pendek saja. Tidak. Tidak. Tidak dan Tidak.
Sama saja. Tidak ada perubahan.
no work, no man, no love, no money, already OLD!
Graf hidup aku melintang je. Tak ada turun naik.
Kalau hidup ni boleh dilihat berdasarkan elektrokardiogram (ECG), aku punya bacaan ECG macam orang dah tuttttttttttttttttttttttt...
 (Ini cuma luahan pandangan aku yang tengah negatif okey. This picture is not mine.)

Ada satu frasa dari Paolo Coelho..
"Life has many ways of testing a person’s will, either by having nothing happen at all or by having everything happen all at once"
Ya, aku percaya inilah aku punya ujian.
Walaupun dari sudut pandangan orang lain hidup aku macam tak ada cabaran langsung. Macam best je.
Duduk goyang kaki. Nak stress apa sangatlah kan?
Pandangan sebegini memang aku tak boleh salahkan mereka.
Sebab aku sendiri tak pernah bercerita perihal situasi aku sekarang...
Ikut suka merekalah nak fikir apa pun walau hakikatnya aku sangat tertekan.
Pada pandangan aku, mendiamkan diri adalah lebih baik dari meluahkan dengan orang yang tak akan faham situasi kita, melainkan dia sendiri pernah merasainya.
Sila jangan membazirkan air liur anda.

Ya, memang ini satu ujian..
dan semua orang kata belum masanya lagi, nanti akan ada lah...
Ya, aku percaya semua ini ada sebabnya tapi penantian itu satu penyeksaan...
Menanti jawapan tentang hidup dan masa depan aku...adalah menyeksakan..
Aku memang dah tak nampak apa-apa di hadapan aku...
aku rasa hidup aku gelap saja...

Aku tahu aku hanya mampu boleh usaha, berdoa dan mempercayaiNya.
aku memang tak perlukan nasihat sekarang ni...
Yang aku mahu sekarang,
 Just leave me alone with all your questions, and just makes me laugh......

sebab itulah Running Man di hatiku....LOL!






3 comments:

Sophie Al-Yahya said...

hahaha..ayat last tu memang terbaik.

Adik saya selalu tengok Running Man malam2. Orang nak tidur dia gelak sorang2 tgh2 malam. Rasa macam nak baling bantal je kat dia.

suria lekatlekit said...

ambil masa bertenang.. Insyaallah dengan keadaan tenang kita blh berfikir dgn waras & membuat keputusan yg trbaik. Yg lbh memahami adalah diri kita sendiri.. sbb kita yg merasa, melaluinya & hadapi. Kalaupun ada org yg faham.. tp tak sefaham diri sendiri yg sedang bergolak dgn sesuatu tu.. Jadi terus usaha & prcaya pada Ketentuan Tuhan

Unknown said...

'lekat-lekit story'...tapi mmg susah nak bertenang...rupa2nya kita tak sepenyabar yang kita sangka..mungkin sebab tuh Dia uji kesabaran kita..TQ ya for ur lovely words.