Tuesday 29 May 2012

Apabila dunia kita tidak sama...

Setiap manusia lain-lain...
kamu tak boleh selaraskan semua manusia itu sama...
jika kamu dah kahwin, tak bermakna semua orang perlu kahwin...
jika ada jodoh, maka kahwinlah dia...
kita manusia cuma boleh berusaha..
jika sudah ketentuan takdir begitu...
pasti ada sebab di sebalik sesuatu itu terjadi...

Aku memang pantang kalau manusia berfikiran kita semua sama...
Bagi aku manusia begitu pentingkan diri dia sahaja..
Mungkin kamu tak sedar...
tapi kadang-kala tindakan kamu sendiri yang mempamerkan kamu memang fikir begitu...
"Kenapa awak tak kahwin lagi? Awak memilih sangat"
Lihat dan dengarlah...
Sedangkan setiap manusia berbeza masa dan tempat jodoh mereka...
Tapi sesetengah manusia begitu lantang nyatakan pemikiran sempit mereka...

Mungkin kamu fikir Aku begitu sensitif hal begini...
Kamu kena sedar, semakin menganjak usia seseorang itu,
maka semakin sensitif seseorang itu...
Kebanyakan orang begitu...kerana mereka ada sebabnya...
begitu juga Aku, Aku pun ada sebab kenapa aku sensitif...

Setiap persoalan boleh diutarakan tapi tidak pendapat atau hipotesis kamu...
jika kamu rasa rakan kamu belum mengandung lagi kerana Mungkin mereka merancang...
Tutup mulut kamu dari meluahkan pendapat sempit kamu itu...

Sebenarnya aku rasa macam dah lari tajuk saja...LOL...
Aku cuma nak nyatakan setiap yang kamu buat tak semestinya orang lain kena buat...
Nanti aku jelaskan lebih lanjut lagi...

 kacak kan? aku pun tak kenal sape entah mamat yang sedap dan tenang mata memandang nih. LOL! 
ini aku amek kat facebook.