Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

Apabila Si Jejaka dan Wanita.....

...apabila mereka mengemas kini status di Facebok...

Si Jejaka: Di dalam Islam tiada istilah wang hantaran pun, itu cuma ada resmi orang Melayu sahaja. Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan pembaziran.
 Biasalah bila masuk bab kahwin, semuanya terus pandai google untuk mendalami lebih lagi. Pasal wang hantaran je mesti lelaki yang berbicara. Maklumlah dorang yang kena bayar. Tapi kan aku hairan juga, kalau dah tahu tinggi, dia sebagai lelaki pandai-pandailah berbincang dengan keluarga pihak wanita. Adakah tidak berani? Atau pasal menjaga air muka? Ego? Anda lelaki, anda sendiri tahu. Bagi pendapat aku, kebanyakan wang hantaran akan digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk menjalankan kenduri kahwin. Biasanya kan, pelamin dan kenduri makan di pihak perempuan (kebiasannyalah). Bukannya duit itu digunakan untuk ber-shopping. Mungkin ada yang segelintir.

Si Wanita: *upload gambar* Pelamin tunang yang aku buat sendiri. Maklumlah nak jimat. Barang hantaran pun aku buat sendiri sebab nak jimat (11 dulang ok)
 Aku sebagai seorang wanita lebih menyampah apabila melihat status macam ni kat timeline Facebook aku. Konon nak berjimat. Hello~ kalau nak berjimat bertunang tak perlu ada pelaminlah dan Hello~ kalau nak lebih jimat tak payah tunang-tunang, barang hantara pun tak payah nak buat. Aku rasa bila baca Facebook lebih banyak sumpah seranah yang aku lemparkan. Tapi seronok juga baca timeline sambil memaki hamun. Sebab menyedarkan aku betapa dalam dunia ini ada orang lagi bodoh daripada aku. Haha!

Nah, nak beli jimat beli online
 
Nak tunang sangat, belilah cincin online tak payah nak emas tulen sangat. Ini lagi jimat dia lah cincin, dialah rantai. Credit

Wednesday, 18 September 2013

Hadiah untuk Pasangan Pengantin

Apabila usia sudah pun menginjak ke alam lebih dewasa dan lebih lanjut (belum tua lagi ye),
Mestilah ramai kawan-kawan yang nak kahwin...
Yang dah kahwin tu pun mestilah dah ramai...
Nak pergi kenduri kahwin pun dah tak ada teman...
Adik sajalah yang jadi penemannya...(kisah syahdu orang single)

Jenis hadiah nih, aku bagi ikut hubungan aku dengan pasangan pengantin...haha...
Aku memang tak pandai cari hadiah...
Berikut adalah kategorinya..

Kawan rapat - Hadiah pelik-pelik. Contoh, baju tidur (mwahaha naughty gitu), pewangi aromaterapi atau barang mandian ke, bingkai gambar yang comel-comel, lampu tidur

Saudara-mara rapat- Mestilah barang dapur, korang jangan cakaplah setakat periuk kuali tu, dapur gas pun ada, tu belum lagi set cawan teh, ada jugak cadar selimut

Kawan tak berapa nak rapat tapi pergi juga sebab kawan lain paksa haha - Bagi duit je cukup

Saudara-mara jauh - Bagi duit je cukup
 Begitulah kategori aku bagi hadiah kahwin nih..
Korang bayangkan lah dalam sebulan tu ada 2 atau 3 orang kahwin...
Aku ni jenis sengal sikit, tak suka bagi hadiah yang sama...
Walaupun kawan yang nak kahwin dekat-dekat tu bukannya kenal antara satu sama lain pun...