Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Saturday, 16 June 2012

Kalau pasukan bola sepak kalah.

Kalau pasukan bola sepak yang korang sokong itu kalah.....
Mesti korang bengang, marah, menyampah tengok pemain yang rosakkan permainan tuh...
Ditambah pula kalau ada kawan yang suka curah minyak ke atas bara api korang,...
Pergh, memang menjulang-julang api dalam hati korang kannn..punyalah terbakar kannn...
Rasa macam nak sepak je muka kawan tu ha...
especially bila kawan tu cakap 'Team kau tu pergi balik kampunglah tanam jagung'.
(Asal kalah je kena balik kampung.)
Itu belum lagi masuk dalam status Facebook atau Twitter....
Wahhhh, dah macam perdebatan untuk pertahankan negara, okeyyyy..
Komen sampai beratus-ratus...

Tidak kiralah setua mana usia kamu, wahai lelaki...
Bila tang bola jer, terus mental tuh jadi budak umur 12 tahun...
Kalau pasukan dia menang, amboi bukan main mulut tuh memerli kawan yang pasukannya kalah..
Cuba kalau pasukan dia kalah...
Diam seribu bahasa, lidah terus terikat, mulut terus terkunci, facebook terus deactivate(oh melampau)..
Kaum-kaum wanita hanya mampu gelengkan kepala je lah...tapi ada jugak yang join kann..

Dulu masa aku sekolah, rajinlah aku membahan budak-budak lelaki yang pasukan dorang kalah kan...
Bila dah habis sekolah ni tak ada maknanya...kita rilek je...
Dorang menang ke kalah ke, rilek je, enjoy je tengok match tuh...
Yang kelakarnya kawan lelaki aku, pasukan dia kalah, pasukan aku menang, pastu dia tiba-tiba message aku, 'pasukan aku kalah wei'...hahahaha...aku tak cakap apa-apa pun...comel kan?
Kan bagus jadi comel macam tuh...
Kalau tengok korang gaduh pasal bola, kelakar okeyyyyy...

So, Peace~...
Tapi setakat nih untuk Euro2012, tak ada lagi pasukan korang sokong kalah kannn...
(oh lupa yang warna oren tuh kekekek ada ke yang masih sokong Holland??)

Kita tengok bola, rilek-rilek borak-borak, kalau dorang main teruk, kita maki hamun dorang walaupun dorang tak dengar, kalau dorang jaringkan gol, kita bersorak sekuat hati....
Perlawanan habis, okey dah. balik tidur...pastu bangun pergi kerja/sekolah....
Kena perli dengan kawan korang? just congratz them.
Kalau korang marah-marah lagi dorang puas hati...
(tapi dulu aku suka cakap kat dorang untuk champ league, 'dorang dah menang 7 kali, ko punya team baru berapa kali?'...pastu gaduh-gaduh lagi hahaha)


P/S: Baru ingat nak tengok mamat hensem nih, dah hujan lebat pulak. Lambat pulak nak start.
 
 Samir Nasri. samirrr samirrr (credit&credit).


Thursday, 14 June 2012

Pemain Bola itu Kacak.

kekekeke...disebabkan sekarang musim bola sepak, meh aku cerita pasal bola...
Tapi tak derlah aku nak mengulas match tu kan...
Bukannya korang baca pon...
Jadi, aku nak cerita benda yang menyeronokkan bagi kaum wanita kekekek..

Bagi aku, pemain bola sepak itu kacak...
Tak kisahlah rupa pemain bola tuh macam Nani ke, Gomez ke, John Terry ke, Joe Hart ke (??)..

(Joe Hart. tak suka mamat ni sebab tak gempak.kekek)

Bagi aku semuanya macho-macho, handsome-handsome...
Tengoklah sajalah selebriti famous pun sangkut dengan pemain bola sepak kannn...
Tengok dalam Malaysia saja sudah. Siap gaduh dalam Twitter lagi...lol.

Kalau pemain bola tu main kat liga yang terkenal, lagilah semua orang minat kat dia...
Sekarang ni yang tengah hot, penyanyi Shakira tuh dengan Pique (korang kenal?Aku tak.ekkekeke player Spain ok.Sesiapa fans Barca tahulah kan)

Kenapa pemain bola sepak itu kacak? Macho?
Aku sendiri pun tak tahu. kekekekek.
Mungkin sebab masa dorang syok gelecek, passing ala-ala main Pinball, crossing dengan cantik dan tepat.
Paling gempak sekali kalau free kick dia gol, atau corner dia gol....
Paling mengagumkan sekali bila dia buat counter attack, face to face dengan Goalkeeper....
Tak ketinggalan juga kalau pemain pertahanan tuh, yang tackle punya cantik tanpa kena kad kuning, selamatkan bola tuh dari masuk gol dengan muka selambanya....
Kalau penjaga gol pulak, haihhh tak perlu kata apa-apa, tengok Casillas cukup.
(Korang tengoklah Casillas tuh, aku tengok Buffon.)

Dalam erti kata lain, ada sesiapa pemain bola sepak kat sini single?
kekekekekkeke....
Sekarang ni aku rasa lelaki di luar sana tak perlu takut nak bawak pasangan anda tengok bola,
sebab dorang layan bola sepak punya....
Korang lelaki layan tengok bola, yang awek plak layannnn cuci mata...kekekek
Apatah lagi kalau pemain Eropah, semuanyaaa kacak...
Tapi tak semua ya awek-awek macam tuh...ada yang memang betul-betul layan football...

Setiap kali Euro atau World Cup, mesti ada fesyen rambut pelik.

si Bala nih, atau nama sebenarnya Balotelli.

Aku suka mamat ini ha..............................

korang ada nampak tak mamat comel nih. credit
Yang sekarang dah jadi....
kekekek.Inilah Daniele De Rossi. credit.


 Aku pasti ramai yang suka mamat yang bernama ala-ala Hindustan nih...

Samir Nasri. credit
Kacak jugak mamat nih,tapi sorrylah dia tak photogenic, jadi susah nak cari gambar dia.

 ATAU

 David Silva.Muka dia macam pelakon melayu ah.siapa eh. Credit.

Dan lain-lain lagi, Casillas, Podolski itu semua tak perlu aku letak gambar. Kat TV tu ha, asyik muka dorang je keluar.

P/s: Now time to watch football!