Sunday 10 November 2013

Jom Ber-K-Pop

Maaflah sebab merosakkan bahasa dengan tajuk aku. mwahaha..
Tiba-tiba aku terbaca satu blog mengenai SEO (walaupun aku dah baca banyak kali sejak berabad lalu tetapi apa salahnya baca sekali untuk mengingatkan otak aku yang memerlukan kismis ini)
Blog tu menyatakan kalau nak blog jadi popular, rajin-rajin buat artikel mengenai berita terkini..
Hmm, berita terkini? Malas aku nak taip pasal penembak pegawai Ambank tu dah kena tangkap, jadi aku nak tulis pasal berita tak berfaedah ini!

Wei Taeyang dah keluar lagu baru!
Siapa Taeyang? Kalau tak tahu tak payah tahu. mwahahah
Lagu barunya, Ringa Linga yang kini sedang hangat di Youtube dengan mendapat view  melebihi satu juta untuk Video Klipnya dan lebih 5 juta untuk klip menarinya..

Berikut adalah persembahan di Inkigayo SBS..


Ringa Linga...bahasa mengarut apa pulak dia guna kan..
Ringa Linga ni lebih kurang merry go round atau dalam interpretasi lagu ini bermaksud jom menari...
Interpretasi lagu ini mudah saja..
Kisah si jejaka yang mahu berparti tanpa henti dengan gadis-gadis jelita...
Jangan sesekali hentikan tariannya bersama si gadis...
hahahahah apa kes lah aku nak interpretasikan lagu nih...
Sebenarnya kalau aku nak dengar lagu-lagu asing ni aku carik maksud lirik dulu..
Jangan sampai anda dengar lagu Coup d'etat dari GD tetapi tidak tahu liriknya...
Sampai sekarang aku terkejut baca liriknya hahaha

Nanti aku update lagi pasal K-Pop ye hahaha walaupun aku tahu tidak perlu aku update sebab korang lebih update daripada aku..